aku cemburu lihat dia , kesalahan dia , didiamkan begitu sahaja sedangkan kesalahan aku digembar gembur satu dunia .
aku cemburu lihat dia , sana sini orang memuji sedangkan aku sering sangat dikeji .
aku cemburu lihat dia , punya iman yang kuat sedangkan aku sering mengikut kata syaitan lahanat .
aku cemburu lihat dia , punya mereka yg slalu memimpin walhal aku makin lama makin ilang para pemimpin .
aku cemburu lihat dia , tebal ilmu ugamanya sedangkan aku semakin jauh dari Sang Pencipta .
aku cemburu lihat dia , punya pelbagai kelebihan sedangkan aku masih dibelenggu seribu kelemahan .
aku cemburu lihat dia , disayangi dan dirindui sedangkan aku masih tercari cari .
aku cemburu lihat dia , bisa cerita segala pada ibunya sedangkan aku dengan ibunda selalu berahsia .
aku cemburu lihat dia , tabah dan redha tatkla ujian Allah Yang Esa datang menjengah sedangkan aku selalu merungut dan mengeluh .
aku cemburu lihat dia , bijak menjaga tutur katanya sedangkan kata2 aku sering menyakitkan mereka yang mendengar .
aku cmeburu lihat dia , bisa dapat apa yang mereka kehendak sedangkan aku selalu putih mata bila kehendak dijawab dengan tidak .
masih banyak yang aku cemburui. aku pencemburu yang tegar . aku cemburukan apa yang aku tiada pada sesiapa yang ada . maaf dipinta , aku lemah , aku trsngad laa lemah , aku cuba bersyukur dengan apa yang ada , Alhamdulillah terhadap apa yang sudah aku punya tapi bila sudah mula dekat akan erti syukur, hidup aku kembali ditemani ujian sehingga aku hampir tersungkur lagi sekali, aku putus asa . putus asa untuk menerima apa yang sedia ada di depan mata . aku meminta . tapi kenapa pintaku dibiarkan sunyi tanpa sebarang balas cerita ? kenapa kehendak ku sering dihalangi dengan tembok derita ?
aku menangis , tersendu sendiri di dalam hati. menyesali seribu kekurangan di dalam diri . tak siapa tahu akan tangisku tak siapa dengar akan senduku . cuma gelapnya malam menemani hati yang remuk redam . aku cemburu lagi melihat orang orang itu . aku diamkan perasaan itu , aku cuba untuk bersyukur . aku cuba cari kelebihan diri , mana lah tahu dapat mengubati lukanya hati . tapi hampa . aku hanya punya seribu , mungkin sejuta keburukan yang sering aku lupakan . yang sering aku selindungkan .
kenapa aku tak seperti orang orang itu?
huhhhh mengeluh lagi kau Opie .
aku mahu berhenti mengeluh . tolonglah aku , pimpinlah aku .
aku cuma mahu diri aku yang berat bakul dosanya , temui arti syukur. fahami maksud syukur . ketahui cara bersyukur . mungkin juga , dye pergi bersama D-I-A kerana D-I-A sempurna , barangkali . tidak macam aku --' kalau dye mahu terus bersama D-I-A , aku rela . tapi kalau aku maseh punya peluang untuk bersama dye , aku berjanji akan bersamanya selalu . aku sering mencuba , tapi sesering itu jugalah aku gagal . aku lemah , lemahh ! Ya Tuhanku . aku lemah . hidupku sering gagal.
aku benci, aku tak suka , aku tak suka ! aku sedar , hati ini sudah mulai dihujani bintik2 hitam . diri ini sudah penuh dengan dosa jahanam . tapi kenapa hati aku masih degil untuk berubah Ya Tuhanku ? aku cepat putus asa . aku kecundang sebelum berjuang . hati in , sering bertengkar sendiri . buat aku jadi tak tenang , hilang arah tujuan , akhirnya aku tersalah pilih jalan . dan merana hanya kerana sikap aku sendiri .
**pedulikan aku jika kau rasa aku hipokrit. aku cuma luah apa yang aku rasa.
ya , insaf aku sebentar cuma . maafkan aku .
No comments:
Post a Comment